Resepi Sambal Nasi Kak Wok Yang Sedap. Tahan Lama Sesuai Buat Stok

Sambal Nasi Kak Wok sememangnya sangat sedap dan diakui ramai. Kombinasi rasa sambal yang pedas, masam dan manis membuatkan sambal ini begitu enak sekali. Cicah sahaja dengan pelbagai lauk pauk seperti ayam goreng, ikan goreng.

Semuanya sesuai. Bahan-bahannya sangat mudah. Nak cuba buat sendiri stok sambal ini di rumah anda? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan juga cara-caranya. Saudari Dilla Nazri ada kongsikan resepi yang boleh dicuba. Moga bermanfaat ya!

CARA-CARA MEMBUAT SAMBAL NASI KAK WOK

BAHAN-BAHAN:

  • 15 biji cili kering – direbus
  • 10 biji cili besar merah
  • 30 biji cili padi hijau
  • 6 biji limau kasturi – potong dua, buang biji, ambil air dan kulit
  • 1 ulas bawang putih – dibakar
  • 1 inci belacan – dibakar
  • 1/2 cawan cuka
  • 1/2 cawan gula atau secukup rasa
  • 2-3 sudu kecik garam atau secukup rasa

CARA MEMASAK:

1.Sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan.

2. Satukan semuanya ke dalam pengisar.

3. Kisar namun jangan sampai terlalu halus.

4. Tuang sambal ke dalam bekas yang bersesuaian dan bolehlah disimpan dalam peti sejuk supaya smbal tahan lama.

Tips: Lagi lama sambal ini disimpan, lagi sebati perisanya dan lebih sedap rasanya.

Sumber: Dilla Nazri Via Rasa