Sedapnya Sambal Bilis Belimbing Buluh ni. Menu ringkas yang sangat membuka selera. Nak buatnya pun tidak susah malah tidak menggunakan banyak bahan. Cubalah resipi perkongsian saudari Nanie Rosnani ni. Pasti makan sampai bertambah-tambah nasi di pinggan.
Cara Masak Sambal Bilis Belimbing Buluh
Bahan-Bahan:
- Ikan bilis
- 2 biji cili merah dan cili padi secukupnya– jumlahnya boleh sesuaikan dengan kepedasan yang disukai
- 4 biji bawang merah
- Belacan secukupnya– jika suka
- Belimbing buluh secukupnya – hiris bulat. Jika suka masam, boleh lebihkan jumlahnya
- Petai – hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak
Cara-Cara Membuatnya:
1. Ikan bilis dibersihkan. Kemudian tumbuk bersama cili merah, cili dan belacan. Boleh tumbuk kasar atau halus ikut cita rasa.
2. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi.
3. Kemudian masukkan hirisan belimbing buluh dan juga petai.
4. Tumis hingga garing dan bahan tumisan menjadi pecah minyak.
5. Perasakan sambal dengan garam serta gula dengan secukupnya.
6. Sambal Bilis Belimbing Buluh siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resepi & foto: Nanie Rosnani Via Rasa
Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma