Resepi Roti Sardin Goreng Untuk Sarapan Pagi. Perah Limau Untuk Buat Lebih Rangup.

Roti Sardin Goreng bukannya resepi yang baharu. Ada juga yang sudah buat jualan di gerai tepi jalan. Tidak pelik ia menjadi kegemaran sesetengah orang. Lebih-lebih pada waktu pagi.

Tetapi, berlainan dengan perkongsian resepi kali ini. Di mana, beliau menggunakan sedikit limau untuk bagi roti sardin tu jadi lebih rangup. Juga, untuk lebih cantik beliau letakkan sedikit serbuk kunyit.

Terima kasih Cahaya Kasih Firdausi untuk perkongsian resepi Roti Sardin Goreng ini 

Bahan-Bahan:

  • Dalam sardin potongkan:
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Gula sikit
  • Garam sikit
  • Serbuk perasa sedap maggie

Cara Membuat:

1. Hancurkan, gaul rata dan tumiskan dengan minyak sedikit. Bagi ia masak dan bawang layu.

2. Untuk tepung, gorengan biasa sahaja. Boleh guna berbagai jenis tepung, cuma perahkan air limau sedikit saja untuk rangup. Nak warna kuning, letak serbuk kunyit sedikit.

3. Tepung yang sudah disebatikan, selepas isi sardin di dalam roti, ketepikan roti dan letakkan tepung cair dan lipat dua untuk lekatkan roti agar tidak terbuka.

4. Roti tak perlu di lenyek atau kukus. Hanya celup tepung goreng dengan minyak yang betul-betul panas.

5. Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 

Kredit resepi dan gambar: Cahaya Kasih Firdausi (Facebook) Via ICookAsia

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma