Resepi Puding Karamel Tak Perlu Kukus Dan Telur. Mudah Dan Sedap

PUDING KARAMEL TANPA TELUR TANPA KUKUS

Pertama kali buat Alhamdulillah menjadi. Sesuai untuk yang alergi telur dan yang tiada pengukus

Bahan Puding:

  • 1 paket serbuk agar2 yang jernih
  • (10gm)
  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 3 sudu tepung kastard
  • Sedikit esen vanila

Karamel:

  • 3 sudu Gula pasir
  • 2 sudu air

Cara-Caranya :

1.Masukkan Gula pasir ke dalam kuali dengan api yang kecil gula di biarkan cair sehingga menjadi perang kemudian tutup api dan masukkan air

2.Kemudian masukkan ke dalam loyang

3.Datukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati kemudian panaskan di atas api yang besar masak puding sehingga betul2 mendidih dan pekat

4.Biarkan puding suam sebentar kemudian masukkan ke dalam loyang Yang berisi karamel tadi

5.Masukkan dalam peti sejuk sehingga 2-3jam

6.Terbalikkan loyang tadi di atas pinggan kemudian potong

7.Sedia utk dihidang

Tips : Pastikan puding dimasak sehingga betul2 mendidih dan kelihatan pekat

Sumber: Nordiana Ab Kadil Via Majalah Perdana

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma