
Resepi Nasi Ayam Hainan. Resepi Nasi Ayam boleh mengenyangkan seramai 10 Orang. Resepi ini telah dikongsikan oleh Encik Naim.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Adalah:
- 4 Cawan Beras Wangi/Biasa.
- 4 Cawan air.
- 4/5 Paha Ayam.
- 1 bawang besar holland (Potong 4).
- 2 kiub ayam maggi.
- 3 inci halia (Potong halus).
- 2 sudu sos tiram.
- 1 tangkai daun bawang.

Cara Memasaknya:
- Campur semua, letak ayam, bawang, daun bawang d atas sekali.
- Masak dengan api perlahan 25 minit atau sehingga nasi masak. Tutup kuali/periuk dengan penutup kuali naa..
- Ayam boleh goreng utk bagi garing kulit atau biarkan stim dan boleh potong ikut suka.

Bahan Untuk Memasak Taugeh / Sayur Pula:
- 4 ulas bawang putih.
- 2 sudu sos tiram.
- 2 sudu minyak.

Cara Memasaknya:
- Bawang putih potong dadu, goreng dengan minyak.
- Masukkan sos tiram, goreng sekejap.
- Masukkan sayur.
Selamat mencuba. Terima kasih.
Korang ada shopee.. Jom follow min kat sini 👇
https://shope.ee/4fGTEARIh6