Sekian lama menyediakan mi kari namun masih tidak sama rasanya dengan mi kari yang berlemak dan sedap, sama seperti di restoran kegemaran. Rupanya nak hasilkan kuah pekat dan likat perlu ada tekniknya. Patutlah sedap semacam!
Resepi dan tip ringkas yang dikongsikan Pn Fara Lome ini mama wajib cuba. Memang padu habis!
Resepi mi kari cara saya. Resepi kuah mi kari (untuk sebungkus mi yang peket besar)
Bahan-Bahan:
- Ayam potong kecil
- Udang
- Santan (saya guna 1 biji lebih, air dalam 2 liter)
- Kiub ayam 1
Bahan kisar
- Bawang merah 4 biji (besar punya ya)
- Bawang putih seulas
- Udang kering segenggam (Wajib!! Utk naik kan bau mi kari lagi sedap padu. Sy tak suka guna ikan bilis sebab tak kick)
- Cili kering
- Serai 2 batang (diketuk)
- Serbuk cili
- Serbuk Kari daging (sepeket kecik
Hiasan
- Fishcake
- FishBall
- Telur
- Bawang goreng
- Cili potong
- Sawi celur
- Taugey
- Daun sup
- *Fishcake dan fishball tu nak masukkan terus dalam kuah pun boleh
Cara-Cara Membuatnya:
1. Tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau/bawang masak elok.
2. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Tumis hingga naik minyak. Time Tumis ni taruk terus gula, garam. Nanti baru dah masak baru ejas blik rasa.
3. Masukkan ayam dan biarkan air ayam kering sedikit.
4. Then masukkan santan. Kacau hingga mendidih.
5. Masukkan kiub ayam, udang, tauhu lampung, kerang *optional.
6. Perasakan dan biarkan mereneh sehingga naik minyak dan warna macam dalam gambar. Bila dah naik minyak warna akan cantik ye.
Siap. Hidangkan dengan bahan hiasan.