
Kuih Sagu versi kukus untuk minum petang. Cepat dan mudah. Tak payah susah-suah nak kacau dan nak basuh periuk atau kuali yang melekit.
KUIH SAGU VERSI KUKUS
Bahan-Bahan :
- 1 cawan sagu
- 1 1/2 cawan air
- 1/2 cawan gula
- Sedikit sirap
- Sedikit kelapa parut
- Secubit garam
Cara Penyediaan :
1. Sagu dibersihkan dan toskan. Biarkan seketika.
2. Campur sagu, air, sedikit sirap dan gula di dalam satu bekas. Kacau² sehingga gula larut.
3. Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak. Sambil² tu boleh panaskan periuk kukus.
4. Masukkan sagu ke dalam acuan lompang, jgn terlalu penuh. Lebih kurang 3/4 sahaja.
5. Apabila air kukusan tlh mendidih masukkan periuk kukus yg tlh diisi dgn sagu tadi.
6. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak. Sejukkan.
7. Campur kelapa parut dgn secubit garam di dalam satu bekas. Kukus selama 2 – 3 minit supaya kelapa parut lambat basi.
8. Apabila hendak makan, gaulkan kuih sagu dgn kelapa parut tadi. Sedap dimakan sejuk².
Kredit Resepi : Sha Husman Via Pama