Bagi yang suka makan aneka kuih muih tradisional, Kuih Badak Berendam ni pasti antara yang jadi kegemaran. Lemak-lemak manis. Memang sedap! Bagi yang belum pernah rasa, resepi perkongsian saudari Irhana Canella ni antara yang boleh dicuba.
KUIH BADAK BERENDAM
BAHAN-BAHAN:
- Tepung pulut
- Air kapur secukupnya
- Sedikit pewarna hijau
- Gula melaka – dipotong dadu kecil
- Santan pekat secukupnya
- Sedikit garam
- Sedikit tepung beras
- (Jumlah bahan-bahan diatas bergantung pada berapa banyak kuih yang anda ingin hasilkan.)
CARA MEMASAK:
1. Uli tepung pulut bersama air kapur dan pewarna hingga menjadi doh yang tak melekat.
2. Cubit doh dan leperkan. Letak inti gula melaka dan bulatkan seperti buah melaka. Susun dalam bekas.
3. Bancuh santan bersama sedikit tepung beras dan sedikit garam. Ia bertujuan menaikan lagi rasa lemak santan. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Sedang-sedang elok sahaja.
4. Tuang bancuhan santan ke dalam bekas berisi bebola tadi. Kukus hingga masak anggaran 15 minit.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
6. Jika suka, anda juga boleh merebus bebola terlebih dahulu. Caranya, setelah bebola siap dibentuk, panaskan air dan masukkan bebola tadi. Masak hingga bebola timbul di permukaan air seperti menyediakan buah melaka.
7. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Tuang santan dan kukus seperti langkah no 4.
Selamat mencuba!
Sumber: Irhana Canella Via Rasa