Resepi Kerabu Pucuk Daun Kari. Sedap Rupanya Buat Macam Ni

Pucuk daun kari biasanya dipetik dan dimakan sebagai ulam namun jarang melihat ia dijadikan sebagai kerabu. Sangat sedap dan memberikan aroma yang enak.

Menerusi perkongsian saudari Nurul Nadzirah, rupanya pucuk kari ni boleh dijadikan kerabu dan rasanya juga sangat sedap. Wow! Boleh cuba ni. Jom lihat cara-caranya. Pasti anda akan suka akan rasanya.

RESEPI KERABU PUCUK DAUN KARI

BAHAN-BAHAN:

  • Pucuk kari secukupnya
  • Ikan sardin @ kembung – direbus dan ambil isi sahaja
  • Isi udang – direbus
  • Kerisik secukupnya
  • Garam & sedikit serbuk cukup rasa
  • Bawang besar – dihilis nipis

BAHAN KISAR:

  • Kelapa parut
  • 8 biji cili padi – lebihkan jika suka pedas
  • Cili merah
  • Air asam jawa
  • Sedikit belacan – jika suka

CARA MEMASAK:

1. Kelapa parut dicampur bersama cili padi, cili merah, belacan dan air asam jawa secukupnya. Kemudian kisar.

2. Leraikan pucuk daun kari kemudian ramas dan gaul. Rendam dengan air garam lebih kurang 15 minit untuk buang bau.

3. Bilas dan tapis pucuk daun kari.

4. Gaulkan pucuk kari tadi dengan semua bahan-bahan yang lain.

5. Kerabu Pucuk Daun Kari sedia untuk dinikmati.

Sumber: Nurul Nadzirah Via Rasa