Terasa nak buat kek petang ni? apa kata cuba Kek Nestum gebu yang sedap ni. Boleh dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga nanti.
Cara buat cukup mudah dengan menggunakan sukatan cawan je. Bahan yang digunakan pun tak banyak. Jom ibu-ibu kita cuba, lihat menjadi tak kek viral ni.
Betul² sedap.. Rasa lemak² dia pada nestum..
Kek Nestum Gebu viral
Bahan-Bahan
- 200 gram majerin.
- 150 gram gula perang.
- Sedikit esen vanila.
- 50 gram nestum original atau 2 peket yang macam gambar tu.
- 3 sudu besar susu pekat.
- 160 gram tepung naik sendiri.
- Telur ayam 5 biji.
- Kacang pecan.
Cara Membuat:
1. Majerin dengan gula perang mix dulu smpai kembang sebati. Baru masukkan susu pekat 3 sudu besar dan mix sebati.
2. Masukkan satu-satu telur ayam tadi. Total 5 biji ya. Kemudian slowkan mixer dan masukkan tepung.
3. Selepas tu baru masukkan nestum.
4. Lapik loyang pakai baking paper dan tuang adunan serta tabur kacang pecan diatasnya.
5. Bakar pada suhu 170 darjah selama lebih kurang 45 hingga 55 minit api atas dan bawah. Bila dah siap, keluarkan dari oven dan tebalik kan pada board dan terbalikkan semula.
dah siap memang gebu mmg sedap. Memang laku keras kalau buat jualan.
Resepi: Lieyaa Homemade
Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma