
Dah lama cari resepi donut 1 cawan tepung? Meh follow resepi ini.
Bila teringin nak makan donut, malas pula nak keluar beli. Kalau buat sendiri, risau terbuat banyak sangat nanti tak habis makan.
Haa apa susah, ikut saja cara buat donut perkongsian dari Khairunnisa Mohammad ini. Sesuai untuk 2 orang makan.

Cara Buat Donut 1 Cawan Tepung
Bahan-Bahan:
- 1 cawan tepung gandum (saya pakai cawan metrik)
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil yis (sudu KFC)
- ½ sudu kecil baking powder
- 1 sudu besar gula
- ¼ cawan air suam
- ½ sudu besar marjerin
Cara-Cara Membuatnya:
1.Campur semua bahan kecuali marjerin. Gaul dan uli sekejap.
2.Kemudian baru masukkan marjerin. Kalau doh melekit, tambah dalam 2 sudu besar tepung. Sambung uli sampai doh licin.
3.Perap selama 1 jam.
4.Selepas dah siap perap, bahagikan kepada 8/10 bahagian kecil. Bentukkan bulat dan penyekkan. Buat lubang di tengah.

5.Perap lagi 30 minit. Kemudian sedia untuk digoreng.

6.Bila dah siap goreng, boleh salut dengan gula atau susu.

Kredit: Khairunnisa Mohammad Via Myresipi