
Kami kongsikan kepada anda Resepi Daging Masak Hitam yang sedap. Boleh dijadikan menu anda untuk makan tengahari ataupun malam. Cubalah.

Bahan-Bahannya:
- Bawang merah dan Bawang putih (kisar).
- Halia (kisar).
- Buah keras (tumbuk).
- Kulit Kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
- 5 sudu besar serbuk cili (kasar) *boleh di beli di jusco Aeon atau Mydin atau kedai rempah.
- 1 sudu besar serbuk jintan manis.
- 1 sudu besar serbuk jintan putih.
- 2 sudu besar serbuk ketumbar.
- 3/4 cawan susu cair.
- kicap hitam dan kicap manis.
- Gula tebu atau gula perang atau gula pasir.
- Garam.
- Minyak untuk menumis.
- 1kg daging batang pinang dan sedikit lemak lembu.

Cara-Caranya:
1.Mula-mula panaskan kuali. Tumiskan 3 sekawan, kemudian masukkan bahan kisar. Biar sampai wangi, masukkan serbuk cili kasar, jintan manis, jintan putih dan serbuk ketumbar.
2.Masukkan juga buah keras yang ditumbuk lumat, tambahkan air sedikit di dalam kuali.
3.Bila dah pecah minyak, maknannya dah agak garing masukkan daging, gula, dan susu cair.

4.Biar kan kering, tambah air jika belum empuk dan letakkan kicap hitam dan kicap manis.
5.Siap sedia untuk di makan.

Sumber : Puan Amelia Tamby Hussin Via Resepi FB
Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma
