Buko pandan merupakan pencuci mulut terkenal yang berasal dari Filiphia dan biasanya disajikan di majlis-majlis tradisi mereka.
Buko pandan bermaksud kelapa muda dan daun pandan. Rasanya yang berlemak ditambah pula dengan warna hijau asli dari daun pandan membangkitkan lagi selera. Memang sesuai dihidang pada musim panas.
Cara Buat Buko Pandan Filipina
Bahan-Bahan:
- 1 pekat agar-agar serbuk perisa pandan masak dan bekukan ikut arahan dari belakang bungkusan
- 1 cawan teh biji sagu yang sudah dimasak
- 1 sudu kecil coconut pandan Emulco
- 1 tin krimer sejat cair, jika kurang kuah boleh lebihkan
- 1 cawan teh whipping cream non diary pukul tak perlu sampai kembang
- 1 cawan air gula ikut manis yang disukai
- 1 mengkuk isi kelapa
- 1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa ambil isinya sahaja
- Ais secukupnya
- Buah logan jika suka (letak buah laici tin lagi sedap dari mata kucing dan pastikan jangan masuk air laici)
- Setengah cawan biji selasih yang telah kembang (rendam dalam air panas)
Cara-Cara:
1. Satukan semua bahan isi dan kuah dalam bekas besar, masuk ais dan seimbangkan rasa manis lemak cream ikut selera. Siap!
2. Simpan dalam peti tahan 3-4 hari. Enak dinikmati ketika cuaca panas.
Kredit: Aisyah Humaira