Resepi Biskut Mazola Guna 1kg Gandum, Memang Puas Hati! Sedap dan Cair Dalam Mulut

Biskut Mazola adalah salah satu biskut yang popular bukan sahaja pada hari perayaan malah ada dijual sebagai kudap-kudapan. Mana tidaknya, nak buat biskut ni sangat mudah! Jom ikuti resepi yang dikongsi.

Resepi Biskut Mazola

Bahan-Bahan:

  • Tepung gandum 1 kilo
  • Kacang tanah 300g
  • Gula 2 gelas
  • Minyak mazola / Minyak jagung 2 cawan (Tak kisah brand apa)
  • Soda bikarbonat 1 sudu besar
  • Kuning telur + pewarna kuning

Cara-Caranya:

1.Goreng kacang tanah tanpa minyak, tunggu sejuk buang kulit dan blend kering smpai hancur

2.Blend kering gula

3.Sekalikan tepung gandum + kacang + gula + soda bikarbonat dan gaul rata.

4.Masuk minyak mazola dan gaul sampai jadi doh.

5.Tekap dengan acuan ( yang ni guna acuan tutup botol ja) dan sapu kuning telur.

6.Masuk oven bakar suhu 170°C msa lebih kurang 10 minit atau ikut jenis oven masing-masing.

Sumber: PaMa