Bagi anda yang suka makan kuih Bengkang Ubi Kayu, resepi perkongsian Opah Mas Cotek ni boleh dicuba. Biasanya, jika buat kuih ini, parutan ubi kayunya akan diperah.
Tapi dengan resepi ni, anda tak perlu perah pun. Hasilnya sangat sedap. Jom cuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK KUIH BENGKANG UBI KAYU SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan ubi kayu siap diparut (opah timbang 4 cawan tu bersamaan dengan 1.2kg lebih kurang
- ubi yang siap diparut)
- 1 cawan gula
- 2 cawan santan pekat
- 1 biji telur gred A
- 1 sudu makan marjerin – dicairkan
- 1 sudu teh pewarna kuning
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2. Sediakan loyang bersaiz 10×10 inci. Sapu sedikit marjerin.
3. Dalam bekas bersesuaian, satukan semua bahan-bahan. Sebatikan hingga gula larut.
4. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Masa memasak mungkin berebza mengikut ketuhar masing-masing. ( opah tambah masa 10 minit guna api bawah, kemudian 5 minit guna api atas)
5. Sejukkan kuih kemudian barulah dipotong.
6. Sedia untuk dinikmati.
Sumber: Opah Mas Cotek Via Rasa