Ayam Goreng Tepung versi bahan apa yang ada di dapur. Bolehlah guna time kecemasan bila tepung goreng ayam habis.. Serius sangat sedap. Luarannya rangup je. Jom cuba!
Resipi Ayam Goreng Tepung Paling Simple
Bahan-bahan:
- Ayam (terpulang banyak mana, kami guna 4 ketul)
- Garam
- Serbuk Kunyit
- Serbuk cili
Cara-cara:
- Gaulkan ayam dengan semua bahan di atas. Ketepikan.
Bahan tepung:
- 4 sudu besar Tepung Gandum (bergantung jumlah ayam)
- Secubit Soda Bikarbonat (jangan banyak nanti rasa pahit)
- Garam secukup rasa
- Telur
Cara-cara Membuatnya:
- Campur semua bahan kecuali telur dan gaul sebati.
- Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kacau.
- Celup ayam dalam telur.
- Lumurkan ayam pada tepung. Ramas-ramaskan ayam untuk bagi salutan tepung cantik.
- Goreng secara deep fry. Api sederhana sahaja.**
- Mudah dan jimat. Selamat mencuba!
Kredit Resipi & Foto : Elis Aziz