Resepi Asam Laksa Original (Versi Cina). Kuah Tak Cair & Tak Pekat, Isi Ikan Pun Berketul-Ketul

Asam laksa original cina ni rasa dia masam, manis dan pedas. Berbeza dengan rasa kuah laksa penang walaupun rupa hampir sama.

Asam laksa tidak menggunakan santan dan bahan utama sudah tentulah isi ikan yang direbus dan diberikan perasa dengan asam gelugur.

Siapa suka makan Ah Cheng Assam Laksa mesti teringat masam terangkat dia macam mana. Jom lihat resepi membuatnya di bawah.

Resepi Asam Laksa Original Versi Cina

Bahan-Bahan Pes:

  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Bunga kantan sebatang
  • Kunyit hidup size jari kelingking
  • Lengkuas size ibu jari
  • Serai 5 batang
  • Asam keping 10 keping
  • Cili merah
  • Cili kering
  • Belacan 2 sudu besar (bakar)

Bahan-Bahan Sampingan:

  • Daun pudina
  • Nenas
  • Bunga kantan
  • Otak udang yang dicairkan (tiada dalam gambar)
  • Timun
  • Salad
  • Bawang
  • Cili api

Cara-Caranya:

1. Kisar semua bahan-bahan pes. Kemudian tumis menggunakan minyak yang sedikit saja.

2. Tumis sehingga naik bau.

3. Bila dah wangi, masukkan bahan ini pula:

  • Asam jawa agak-agak dalam 2 sudu besar (bancuh air)
  • Bunga kantan 2-3 kuntum
  • Daun kesum

4. Kemudian masukkan isi ikan yang sudah direbus seketul-seketul macam ini. Biarkan mereneh supaya kuah asam meresap ke dalam ikan.

(Ikan untuk resepi ni saya pakai ikan borek sekilo lebih sikit saja. Cuci bersih rebus sampai masak. Ikan sardin/selayang pun sedap)

5. Kemudian masukkan semua air rebusan ikan tadi. Tambahkan juga air sehingga kuah tidak terlalu pekat dan tidak cair.

6. Akhir sekali, tambah otak udang dalam 2 hingga 3 sudu besar serta perasakan dengan garam dan ajinamoto secukup rasa.

(Otak udang ni manis, kalau terletak lebih kuah akan jadi manis)

7. Ni rupa otak udang. Pes udang.

 

8. Semasa dihidangkan, boleh cedok isi ikan seketul-seketul ke dalam mangkuk.

Selamat mencuba!

Kredit: Faiza Halim Via Myresipi