Terasa nak makan Apam Balik Crispy? Kalau teringin, mari cuba buat sendiri. Resepi perkongsian saudari Noor Ashikin Yusuf ni memang mudah. Sekejap je dah siap dan boleh makan. Sekali buat boleh dapat dapat banyak. Memang puas makan.
CARA MEMBUAT APAM BALIK CRISPY
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji telur
- 1/2 cawan gula
- Esen vanilla
- 1 1/2 cawan air
- Sedikit pewarna kuning
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan tepung beras
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- Sedikit garam
- 2 sudu besar air kapur
- 2 sudu besar minyak masak
BAHAN TOPPING:
- Marjerin
- Gula
- Serbuk kacang
- Jagung krim
CARA MEMASAK:
1.Masukkan bahan satu persatu mengikut urutan. Setiap kali tambah bahan, setiap kali tu la perlu dikisar.Jangan letak semua sekaligus. Perlu kisar satu persatu.
2. Selepas dikisar, peram adunan selama 30 minit. Lebih pun tidak mengapa.
3. Panaskan kuali non-stick menggunakan api sederhana.
4. Sendukkan 1 senduk kecil adunan dan ratakan senipis-nipisnya.
5. Bila permukaan atas sudah mula berlubang ekcil, masukkan topping dengan secukupnya mengikut selera masing-masing.
6. Bila Apam Balik mula kelihatan coklat disekelilingnya, bolehlah dilipat dan diangkat.
7. Apam Balik Crispy sedia untuk dimakan.
Sumber: Noor Ashikin Yusuf Via Rasa