Tercari-cari resepi air untuk menu open house hujung minggu ini? Apa kata anda cuba cari kelainan dengan air gabungan jagung dan aiskrim ini. Memang lain dari yang lain.
Resepi gabungan aiskrim, jagung dan beberapa campuran bahan lain ini memang sedap kebabom. Nak cuba? Jom ikuti perkongsian pengguna Tik Tok @ashaanuar.
Bahan-Bahan:
- Air aiskrim soda
- Pes perisa jagung
- Susu cair
- Jagung manis
- Susu pekat
- Aiskrim vanila, coklat atau strawberi -ikut suka
Cara-Cara Membuatnya:
1. Masukkan sahaja kesemua bahan bersama campuran ais batu.
2. Akhir sekali baru masukkan aiskrim dan kacau sampai sebati.
3. Biar sejuk dan sedia dihidang.
4. Siap!
Sumber: @ashaanuar Via PaMa
Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma