Remaja Ini Berhenti Kerja Usahakan Tanaman Cili, Jana Pendapatan Lumayan 60K Semusim | Siapa sangka pada awalnya hanya mengusahakan tanaman cili secara kecil-kecilan di sekitar rumah,
RencahRasaPlus : Korang Ada Akaun Shopee? Jom Follow Min Di Shopee. 3 Follower Bertuah Akan Menang RM100 Setiap Minggu. Klik Sini : menangrm1000.co/bertuah
Kini mendapat permintaan tinggi dan menerima pulangan lumayan. Empat sekawan berkelulusan tinggi ini nekad berhenti kerja untuk mengusahakan tanaman cili fertigasi.
Memetik laporan Free Malaysia Today, Mohd Safri Mahmud, 25, lulusan Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, berkata idea untuk mengusahakan projek itu tercetus selepas dia mula menanam 1,800 pokok cili dan mendapat permintaan tinggi.
Melihat potensi dan kejayaan mengusahakan tanaman tersebut, tiga rakannya yang lain iaitu Mohd Amiludin Afiz Wahab, 26, Mohd Irfan Azri Anas, 25, dan Mohd Shafiq Hakimi Nordin, 25,
Yang masing-masing sebelum ini mempunyai pekerjaan membuat keputusan berhenti kerja dan menyertainya.
Foto: Kampus
Berbekalkan modal RM20,000 untuk peralatan tanaman, benih dan penyediaan medium tanah, empat rakan ini mengusahakan tanaman cili di atas sebidang tanah terbiar di Kampung Musa, Mukim Pedu.
Mereka memulakan projek pada Oktober lalu dengan menanam 4,000 pokok cili di atas tanah seluas 0.3 hektar.
“Mohd Amiludin sebelum ini bekerja sebagai polis bantuan di Pulau Langkawi, Mohd Irfan Azri sebagai pereka grafik di sebuah pasar raya di Alor Setar,
Dan Mohd Syafiq pula kerja kilang di Sungai Petani. Kesemua ambil keputusan berhenti kerja dan balik kampung tanam cili bersama saya,” katanya.
Mohd Amiludin merupakan lulusan Institut Hasani, Sungai Petani, manakala Mohd Irfan Azri Anas dan Mohd Shafiq Hakimi Nordin lulusan Kolej UNITI, Port Dickson.
Foto: Facebook Safri Mahmud
Mohd Safri yang mengetuai projek itu berkata, mereka menggunakan teknik fertigasi untuk tanaman cili kerana ia lebih menjimatkan masa, mengehadkan penggunaan tanah serta menjimatkan penggunaan air antara 30 dan 50 peratus berbanding teknik tanaman tradisional.
Katanya lagi, hasil tanaman juga selamat untuk dimakan kerana menggunakan baja dan vitamin yang dihasilkan sendiri secara organik tanpa penggunaan racun kimia.
Foto: Facebook Safri Mahmud
Setiap pokok yang ditanam mampu menghasilkan dua kilogram cili yang dijual antara RM7 dan RM10 sekilogram. Hasil pertama tanaman yang baharu diusahakan dua bulan itu dijangka dituai dalam masa dua minggu lagi.
Hasil tuaian dianggarkan berjumlah lapan metrik tan yang mampu menjana pendapatan sebanyak RM60,000.
Dalam pada itu, mereka berharap agar projek itu akan membuahkan hasil lumayan dan lebih banyak kebun baru dapat dibuka bagi memenuhi permintaan
Sumber: Vitdaily.com Via Apa Cerita
RencahRasaPlus : Korang Ada Akaun Shopee? Jom Follow Min Di Shopee. 3 Follower Bertuah Akan Menang RM100 Setiap Minggu. Klik Sini : menangrm1000.co/bertuah