Syurga merupakan anugerah terbesar yang dapat diraih oleh orang-orang mukmin di akhirat. Tujuan setiap mukmin melakukan ibadah tentu saja untuk mendapatkan keredhaan dari Allah SWT. Selain itu, mereka juga mengerjakan amalan tersebut untuk menjauhi segala larangan Allah agar hidupnya bahagia di dunia dan terlebih lagi di akhirat kelak.
Setiap mukmin berlumba-lumba untuk mengerjakan segala perintah baik itu wajib dan sunnah agar menjadi mukmin sejati. Di antara mereka juga ada yang berharap agar boleh terhindar dari siksa neraka yang sangat pedih dan masuk ke Syurga Allah yang sangat indah.
Berbicara tentang syurga, ternyata ada beberapa amalan di dunia ini yang dapat membuat seorang mukmin masuk syurga. Beberapa amalan ini memiliki keutamaan yang menyebabkan pelakunya mendapat derajat terhormat di sisi Allah dan dia termasuk golongan pertama yang akan masuk syurga. Apakah amalan tersebut? Berikut ini ulasan selengkapnya.
1. Selalu Bersyukur dan Memuji Allah
Amalan pertama yang dapat membuat seorang mukmin masuk syurga paling pertama adalah selalu bersyukur dan selalu memuji Allah SWT. Orang yang melakukan amalan ini tentu tidak akan mengeluh dan merintih atas segala cubaan yang dia hadapi. Dengan melakukan amalan ini, akan membuat seorang mukmin senantiasa bahagia meskipun dia sedang berada dalam kesusahan. Rasulullah SAW bersabda yang ertinya:
“Orang Yang pertama kali di panggil masuk syurga adalah orang yang memuji iaitu orang yang memuji kepada Allah , baik dalam keadaan bahagia mahupun susah.” (Al – jami ‘u Ash-shaghir. hal : 101)
2. Taat kepada Allah dimanapun Dia Berada
Amalan selanjutnya yang akan menuntun seorang mukmin masuk ke dalam syurga adalah dengan taat kepada Allah dimanapun orang tersebut berada. Orang yang sentiasa taat kepada Allah akan takut apabila hendak berbuat maksiat.
Mereka selalu ingat bahawa Allah SWT Maha Mengetahui segala sesuatu yang dia perbuat meskipun tidak ada orang di sekitarnya yang melihat perbuatan tersebut. Dengan melakukan amalan ini akan menuntun seorang mukmin sentiasa patuh pada Allah atas hal-hal yang ma’ruf dan meninggalkan perbuatan mungkar.
Rasulullah SAW Bersabda yang ertinya: “Orang Yang Pertama mendahului masuk surga adalah adalah seorang hamba yang taat kepada Allah dan taat pada tuannya.” (Al – jami ‘u Ash-shaghir. hal : 100)
3. Suka Berbuat Ma’ruf atau kebaikan Sewaktu Hidupnya di Dunia
Amalan terakhir yang boleh membawa mukmin masuk syurga paling pertama adalah suka berbuat kebaikan sewaktu hidup di dunia. Kebaikan yang dimaksud di sini adalah kebaikan dalam pandangan syari’ah. Ada banyak cara untuk melakukan kebaikan, boleh dilakukan dengan melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya atau menolong orang lain.
Rasulullah SAW bersabda yang artinya: “sesungguhnya ahli ma’ruf (suka berbuat baik) didunia, mereka akan menjadi ahli ma’ruf di akhirat . orang yang pertama kali masuk syurga adalah mereka yang ahli ma’ruf.” (Al – jami ‘u Ash-shaghir. hal : 80)
Demikianlah ulasan mengenai tiga amalan yang boleh membuat seorang mukmin masuk syurga paling pertama. Namun yang harus diperhatikan adalah semua amalan tersebut harus diiringi dengan perbuatan yang diperintahkan oleh Allah SAW dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga artikel ini memotivasi kita untuk senantiasa melakukan kebaikan untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala.