Rahsia Sup Tulang Lagi Sedap, Kena Tumis Batang Saderi & Lobak Merah Yang Dikisar

Ramai yang pandai membuat sup tulang kan? Tapi rupanya ada rahsia sup tulang rasa lebih sedap, boleh cuba tumis batang saderi dan lobak merah yang dikisar. Dijamin lagi sedap!

Sup tulang sememangnya menjadi kegemaran ramai. Lagi-lagi jika dinikmati sewaktu masih panas. Memang nikmat!

Resepi Rahsia Sup Tulang Yang Sedap

Bahan-Bahan 1:

  • 3 biji bawang besar
  • 8 biji bawang putih
  • Halia dalam 2 ketul
  • 1 sudu ketumbar

Kisar bahan ini sampai halus.

Bahan-Bahan 2:

  • 3 batang sadari
  • 1 batang karot

Bahan ini pun dikisar sampai hancur.

Bahan-Bahan 3:

  • 3 batang kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 10 biji bunga cengkih
  • 10 biji buah pelaga
  • 1 senduk serbuk sup

Bahan-Bahan Lain:

  • 2kg tulang
  • 5 biji kentang (dibelah 2)
  • 3 batang sadari (dihiris)
  • 3 biji bawang besar (dibelah 4)
  • Air

Cara-Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, tumiskan bahan 1 yang sudah dikisar hingga bau wangi.

2. Kemudian masukkan bahan 2 yang sudah dikisar dan bahan 3, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.

3. Masukkan air, kemudian tulang. Dah cara manual memang tunggu lama, didihkan hingga isi-isi dekat tulang tu empuk.

4. Tambah air lagi jika tulang belum empuk dan ulang sehingga empuk. (sekitar 1 jam setengah)

5.Bila dah empuk, masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang dibelah.

6. Masukkan juga garam dan serbuk perasa.

7. Biarkan dalam 10 minit sehingga ubi kentang empuk.

8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Jangan lupa taburkan juga bawang goreng dan daun sup.

Siap! Selamat mencuba.

Kredit: Farniza Razali Via Myresipi

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma