Rahsia Sotong Celup Tepung Rangup, Tak Meletop, Berminyak & Lerai Digoreng.

Ramai suka Sotong Goreng Celup Tepung, tapi rata-rata menikmati keenakannya hanya makan di restoran atau gerai, kerana selalu gagal bila buat sendiri di rumah.

Lepas ini anda jangan susah hati, berikut dikongsikan resepi dan cara untuk memastikan bila sotong digoreng tepungnya tidak lerai (tertanggal dari tepungnya). Kalau Ikut resepi yang betul gerenti jadi.

SOTONG GORENG CELUP TEPUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm atau secukupnya sotong
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung bistari
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam/ sulah
  • 1 biji telur

CARA MEMBUAT:

1. Bersihkan sotong, potong bulat, kemudian cuci dan toskannya. Ketepikan.

2. Sementara itu, campurkan kesemua tepung bersama lada sulah/lada hitam dalam mangkuk. Gaul rata.

3. Kemudian pecahkan telur dalam sotong, gaul rata.

4. Kemudian angkat dan masukkan dalam bekas tepung, gaul rata.

5. Sementara itu minyak telah dipanaskan dalam kuali (guna banyak minyak).

6. Setelah minyak betul-betul panas, goreng sotong dengan api sederhana hingga warna perang keemasan.

7. Angkat dan toskan minyak.

8. Sotong Celup Tepung sedia dihidangkan panas-panas untuk mengekalkan kerangupannya.

9. Hidang bersama sos cili.

Sumber: Nurul Faidha Via Rasa Via Daily Makan