Kentang Goreng Crunchy Tak Lembik, Rendam Dalam Air Berais 5 Minit Sebelum Goreng!

Anak-anak kalau dihidang dengan kentang goreng memang suka sangat. Letak sepinggan pun boleh habis. Kalau beli yang ‘readymade’ tu kandungan garam dengan lemak agak tinggi tidak baik untuk kesihatan.

Nak buat kentang sendiri ni pun ada tipnya. Selalu bila buat sendiri kentang tu jadi lembik walau baru lepas angkat. Boleh ikut tip ini.Boleh dinikmati dengan sos pilihan anda.

Cara buat kentang goreng yang crunchy

Bahan-bahan:

  • Kentang
  • Serbuk roti
  • Tepung serbaguna Bestari
  • Minyak untuk menggoreng

Cara membuat:

1. Masa beli kentang pilih kentang yang permukaannya baik dan licin. Menandakan kentang ini baru, tak lembik dan segar.

2. Kupas dan potong ikut saiz yang kita nak.

3. Rebus kentang seketika jangan terlalu lama (agak-agak menggelegak terus angkat). Kalau hirisan tebal kita boleh rebus, jika tak boleh skip langkah ini.

4. Angkat dan sejukkan dalam air berserta ais dalam 5 minit.

5. Toskan air. pastikan kentang kering atau tidak terlalu banyak air.

6. Kemudian gaul dengan tepung Bistari dan serbuk roti sehingga melekat. Goreng secara ‘deep fried’.

7. Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia untuk dinikmati.

Alhamdulillah. Siap!

Boleh dinikmati dengan sos pilihan korang. Nak makan begitu saje pun boleh dah. Dah makan mesti sampai tak cukup. Percayalah!

Sumber:  Suhaniza Isenen Via Rasa