Setiap orang yang telah berkahwin pasti berkeinginan untuk mempunyai zuriat sendiri sebagai pelengkap rumah tangga. Tidak ketinggalan juga pas4ngan yang mahu memiliki sepas4ng anak kembar. Melihat gelagat dan ragam mereka bermain bersama-sama, bukankah ia sesuatu yang menyeronokkan dan memberi rasa bahagia dalam diri setiap ibu bapa? Cumanya masih ramai yang tidak tahu tentang cara untuk merancang dan berpeluang memilikinya.
Oleh hal yang demikian, setiap pas4ngan tidak perlu risau kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang doktor yang juga pakar sak1t puan, Dr Hamid Arshat telah berkongsikan tips buat pas4ngan yang mahu memiliki anak kembar untuk dijadikan sebagai panduan.
Doktor pakar sakit puan, Dr Hamid Arshat telah kongsikan 8 tip buat pasangan suami isteri yang inginkan anak kembar sebagai panduan di akaun Facebook miliknya.
Baca perkongsian penuh beliau di bawah :
BOLEHKAH RANCANG DAPAT ANAK
KEMBAR?
SERONOK DAPAT ANAK KEMBAR
Tahniah kepada Puteri yang sedang hamil kembar 10 minggu. Kelihatan kembar ini jenis dichorionic/ dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telor/ovum yang telah disenyawakan oleh benih suami secara berasingan.Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing janin punya uri sendiri.
Image via Dr Hamid Arshat / Facebook
Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telor dan selepas bercantum dengan benih lelaki , embryo yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain-lain masalah.
Peluang hamil bagi orang Asia hanya 1-2% sahaja, keluarga belah ibu dan wanita yang hamil pada umur 40 tahun keatas lebih cenderung untuk hamil anak kembar
1. Orang Asia 1-2%
- Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 %.
- Orang afrika punya kadar kembar tertinggi 4 %
- Orang putih amerika dan eropah kadarnya 3 %.
- Orang asia termasuk orang malaysia terendah 1 – 2 % sahaja.
2. Keturunan Kembar Sebelah Ibu
Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar menungkat 4 kali ganda.
3. Hamil Umur 40 Tahun Ke Atas
Mereka yg telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umor 40 tahun keatas. Pemakanan, supplements tambahan dan rawatan yang membuka peluang untuk anak kembar juga perlu dititikberatkan
4. Amalkan supplement Vitamins dan Folic Asid
Mereka yg tahap kesihatan terbaik dan makan yg
berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement vitamins dan folic asid
lebih berpeluang hamil kembar.
5. Makan Produk Tenusu
Ada yang mengatakan mereka yang sering minum
susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Munkin ‘insulin
like growth factor’ (IGF) yg dikeluarkan olih hati lembu jadi penyebab hamil
kembar.
6. Makan Keladi Dan Ubi
Orang2 asli africa yg makanan mereka terdiri
keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang
lain.
7. Hormon Subur
Hormon subur sama ada pil atau suntikan
meningkatkan peluang melahirkan kembar. Wanita yg makan pil subur
clomid punya peluang hamil kembar antara 5 – 10 %. Manakala mereka yg
disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam linkungan 30%.
Malangnya kadang2 berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.
8. Rawatan IUI Dan IVF
Mereka yg menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yg menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.
Semoga perkongsian ini berguna dan kongsikan juga buat pasangan lain yang inginkan anak kembar!
Dah
Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz
Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih