Patutlah Selalu Batuk & Selsema, Rupanya Tompok Hitam Di Dinding Rumah Ini Puncanya!

“Bila tengok dinding rumah aku ni baru perasan ada banyak hitam dab ‘berkerak’, kenapa eh?

Mungkin anda yang sudah mendiami rumah selama lebih dari 10 tahun akan mengalami situasi seperti ini. Mendapati syiling atau dinding rumah anda mempunyai tompok hitam dan kelihatan seperti bekas tangki air pecah adalah perkara yang tidak boleh dipandang remeh. Kalau anda perasan, ahli keluarga anda sering mengalami batuk dan selsema walaupun tidak kira waktu.

Mungkin tompokan hitam di dalam rumah ini adalah penyebabnya. Tapi kenapa?

DEKAT RUMAH ADA DINDING HITAM TAK?

Lihatlah di siling dan dinding pejabat atau rumah anda. Ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul? Ya,itu adalah KULAT. Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar. Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.

Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan. Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi. Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatka masalah kronik seperti astma. Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius. Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.

Bolehkah kulat ini di cegah?

1. Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.

2. Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah

3. Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.

Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut. Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.

Dah Baca, Sila  Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih

Sumber: Public Health Malaysia