Patut Ramai Orang, Wanita Ini Kongsi Rahsia Penyedap Kedai Thai

Bila pergi kedai Thai masakan dia semua sangat sedap. Nak tahu apa bahan yang digunakan? Jom baca perkongsian Trisya Aman ini.

Nak makanan sedap ala kedai Thailand tu korang kena guna bahan masakan daripada negara seberang itu. Kalau dulu setiap kali ‘travel’ baru dapat beli, sekarang semua bahan tu mudah didapati. Produk yang saya kongsikan ni versi yang halal dan selamat untuk digunakan.

Bahan Rahsia Penyedap Masakan Thai

1. Kicap Bukit

Kalau dah letak kicap bukit ni tak perlu letak seasoning dah. Rasa dia sama macam Maggi seasoning.Tukang masak Siam cakap jangan bagitahu siapa-siapa.

2. Nampla (Kicap Ikan)

Nampla brand yang ni sedap sangat! Kalau yang jenis lain tu dia hanyir sikit & bau kuat sampai loya tekak.

3. Sos Labu

Sos labu sangat sesuai untuk buat daging masak merah atau paprik makin sedap. Ni lah rahsia kedai Siam.

4. Chili Paste Thai

Thai Chili Paste ni paling sedap! Kalau buat tomyam atau perap daging pun sesuai. Kalau korang tak percaya boleh tanya tukang masak Siam.

5. Nisan Kabung

Nisan Kabung ni pula sesuai masuk dalam Somtam dan Kerabu Maggi. Nanti rasa masakan korang lagi ‘kick’.

6. Jeruk Bawang Putih

Pickled Garlic brand yang ni sedap. Rasa manis dan masam sikit. Sedap dimakan dengan Nasi Kerabu sebagai penambah perasa dalam makanan.

7. Ikan Tenggiri Jeruk

Nak masak Kailan Ikan Masin atau Nasi Goreng Ikan Masin rasa macam kedai Siam? Mak memang pakai yang ini daripada dulu.

8. Tepung Kruawangthip

Tepung Kruawangthip ni wajib restock setiap rumah! Yang ini tepung mix flavor Pepper & Garlic. Siapa tak suka boleh ambil original flavor.

Senang je kan nak bagi masakan korang rasa sama macam kedai Siam. Jadi lepas ni cari bahan-bahan ni baru sedap makanan tu.

Kredit: Trisha Aman Via Myresepi