Pakai Celak Sampai Melentik Macam Bulu Mata. Hukum Bercelak Seperti Firaun

Sebelum kita ke isu utamanya, kita fahamkan dulu dua perkara.

PERTAMA: hadis tentang “barang siapa menyerupai sesuatu golongan, dikira ia termasuk dalam golongan itu”, adalah satu implikasi berat. Kenapa berat? Karena barang siapa melakukan sesuatu yang menyerupai suatu golongan, dia termasuk bagian dalam golongan itu. Contoh, barang siapa orang Islam yang pakai pakaian sami, baju kain oren siap membotakkan kepalanya, maka dia dikira termasuk dalam golongan agama itu.

Di sini ada matlub yang mengatakan kemungkinan orang yang melakukan perbuatan tersebut akan berupaya untuk kufur. Kufur berarti terkeluar dari Islam sebab ridha dan meniru gaya agama lain ataupun perbuatan bathil. Berat, bukan? Perbuatan ini haram mutlak. Haram mutlak berarti, haram dibuat depan khalayak dan haram juga jika dibuat depan suami saja atau buat seorang-seorang tanpa orang lain nampak.

Maka, jika artikel itu kata menyerupai firaun, maka amat beratlah hukumnya mengatakan wanita yang melentikkan dan menajamkan alis matanya itu disamakan dengan firaun yang mengakui dirinya Tuhan dan mencabar Nabi Musa. Sedangkan menteri firaun si Haman pun diseksa dalam api neraka hanya meredhai firaun itu Tuhan, inikan pula mereka yang dihukum sebagai sama golongan dengan firaun.

KEDUA: tabarruj melampau, maksudnya menghias diri dengan suatu yang melampaui batas yang tidak dibenarkan syarak. Samada ia berupaya menaikkan nafsu bukan mahram, mahupun sekadar ia mampu menarik perhatian, seperti pakaian terang berkilau yang bersinar kalau dilihat dari jauh, eye shadow colourful, blusher pipi yang terlalu merah, lipstick berwarna terang yang menarik perhatian, contact lens berwarna cerah yang memukau atau menggoda, dan lain-lain. Ini semua dikira haram dalam Islam.

Dalam bab celak, wanita disunatkan memakai celak, kerana celak adalah sunnah. Ia dikira tabarruj yang dibenarkan syarak. Tapi celak akan jadi tabarruj melampau yang diharamkan jika melampaui batas, apabila tidak mengikut syariat, contohnya seperti terlalu tebal, menajamkan hujung, membuat lukisan corak, dan lain-lain yang dikira luar dari kebiasaan. TAPI, ia bukan haram mutlak, maksudnya, tabarruj melampau ni hanya haram jika dipaparkan pada khalayak bukan mahram. Kalau nak tajamkan/lentikkan untuk depan suami sahaja, tak haram.

Jadi, kita dah faham kedua perkara ni. Maka, kita pergi pada isu artikel tersebut yang mengatakan perbuatan menajamkan/melentikkan hujung alis mata menggunakan celak itu adalah haram kerana sama sahaja seperti firaun, kemudian statement di bawah gambar tu ialah “apabila menyerupai suatu kaum…”

BETUL: haram perbuatan menajamkan atau melentikkan hujung mata guna celak atau apa-apa sekalipun, kerana ia dikira tabarruj melampau. Tapi haram hanya depan khalayak, tak haram jika nak buat depan suami/keluarga yang mahram.

TAK BETUL: jika kata perbuatan tu menyerupai suatu kaum (yang dimaksudkan di sini ialah firaun), maka tuduhan itu amat berat kerana meletakkan hukum tersebut lebih tinggi taraf haramnya berbanding haram tabarruj. Perbuatan yang haram ada tangga-tangganya. Maka amat tak sesuai jika mengharamkan perbuatan tersebut secara mutlak, sedangkan ia tidak haram mutlak, hanya haram atas asbab tertentu.

Maka, kesimpulan yang dapat kita fahami di sini, artikel tersebut ada part yang betul (menajamkan/melentikkan alis mata guna celak adalah haram, namun bukan haram mutlak, depan suami sahaja tak haram, hanya haram depan bukan mahram), dan ada part yang tak betul (menyamakan perbuatan tu sebagaimana firaun). Marilah kita beradab dalam meletakkan hukum, kerana tidak pernah ada ulama menyama-tarafkan perbuatan tersebut dengan firaun. Tak payah kita melebih-lebih daripada ulama. Ulama lebih faham dan lebih arif tentang hukum hakam.

Mungkin niat si pembuat artikel tu baik kononnya, nak menakut-nakutkan orang yang pakai celak camtu. Tapi menyampaikan ilmu yang kurang tepat, dan melampaui dalam berhukum, agak tak sesuai kalau nak disebarkan kepada orang awam yang serba jahil dan tak tahu.

Wallahua’lam.

less is more ukhti,, lebih sederhana lebih cantik dan lebih diridhai Allah Azza wajalla insyaallah^_^