Nasi lemak boleh dimasak mengikut selera masing-masing. Nasi juga boleh dimasak dengan pelbagai cara untuk menaikkan lagi selera. Salah satunya adalah resepi nasi lemak pandan.
Nasi lemak Asli Pandan. Autentik.. anak zie makan nasi saja dah separuh pinggan.. sedap katanya. Lemak, masin wangi nasi tambat selera sekeluarga
Bahan-Bahan:
- 3 cawan teh beras Beras Wangi Malaysia Aroma SAJI
- 2 biji bawang merah dihiris
- 2 sudu besar minyak kelapa
- 1 kotak kecil santan SAJI
- 2 cubit garam
- 4 keping hirisan halia
- 15 helai daun pandan dikisar dan tapis ambil airnya sahaja
Cara Penyediaan:
1. Basuh beras 3x dan masukkan santan, garam, bawang,halia, minyak dan air pandan lalu kacau sebati. Sukatan air seperti masak nasi biasa. Siap.
Bahan Kisar Sambal Nasi Lemak:
- 5 biji bawang besar
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 15 ekor ikan bilis dibasuh dahulu
- kisar semua bahan diatas.
- 2 inci gula melaka
- 1 sudu belacan
- 5 sudu besar cili kisar atau ikut pedas disukai
- 1 keping asam gelugur
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-Cara :
Tumis Bahan kisar bersama cili kisar dgn api perlahan hingga pecah minyak. Masukkan semua bahan berbaki dan masukkan 1 gelas air reneh dgn api perlahan hingga kuah memekat dan bewarna merah gelap. siap.
Sumber: Ilmu Percuma Via PaMa