Musim Durian Datang Lagi. Ini 4 Petua Berkaitan Makan Durian Yang Wajib Kena Tahu

Musim durian datang lagi di negara kita dan sudah pastinya mesti ramai di antara korang sudah mula beli durian banyak-banyak untuk simpan stok di rumah. Ada yang suka makan durian begitu sahaja dan ramai juga yang suka masaknya menjadi serawa durian. Makan dengan pulut bersama santan memang sedap.

RencahRasaPlus : Korang Ada Akaun Shopee? Jom Follow Min Di Shopee. 3 Follower Bertuah Akan Menang RM100 Setiap Minggu. Klik Sini : menangrm1000.co/bertuah

Tetapi bila dah makan durian dalam kuantiti banyak badan kita akan mula rasa panas dari dalam dan semestinya tangan kita bau durian yang sangat kuat. Tetapi jangan risau ada petua nak hilangkan bau durian dan kurangkan panas badan selepas makan durian. Jom cuba petua ini.

Berikut Beberapa Petua Makan Durian Yang Kalian Kena Tahu

1.Petua Elak Panas Badan Lepas Makan Durian

  1. Selepas makan durian tuangkan air mineral dalam pangsa durian dan minum airnya.
  2. Makan buah manggis selepas makan durian dikatakan dapat membantu mengeluarkan haba dalam badan.
  3. Minum jus belimbing yang dikisar dengan seratnya sekali.
  4. Minum air kelapa selepas makan durian juga dapat mengurangkan panas badan. Air kelapa juga dikatakan dapat mengurangkan sendawa durian.

2.Petua Menghilangkan Bau Durian Dalam Kenderaan

  1. Belah dua tangkai durian kemudian selitkan pada jejaring di alat hawa dingin.
  2. Letakkan biji kopi di dalam bekas dan biarkan ia di dalam kenderaan. Aromanya yang harum dan kuat dapat membantu menghapuskan pelbagai bau yang kurang menyenangkan termasuk durian.
  3. Jika ada bau durian di dalam kenderaan, cuba letakkan beberapa keping roti di dalam kenderaan tersebut dan biarkan beberapa hari. Roti dikatakan dapat menyerap bauan yang tidak enak tersebut.
  4. Letak daun pandan di dalam kenderaan dan biarkan beberapa hari. Bau pandan tersebut akan dapat menghilangkan bau durian.
  5. Letakkan beberapa ketul arang dalam bekas dan tinggalkan dalam kenderaan yang berbau durian untuk beberapa hari. Arang tersebut akan menyerap bau durian.

3.Petua Menghilangkan Bau Durian Di Tangan.

  1. Alirkan air paip di kulit durian. Basuh tangan kalian dari air yang mengalir dari kulit durian tersebut. memang ajaib tangan lansung tidak lagi berbau durian.
  2. Isi air di pangsa durian dan gunakan air tersebut untuk membasuh tangan. Cara ini juga boleh menghilangkan bau durian di tangan.
  3. Cuci tangan dengan menggunakan hirisan timun juga dikatakan boleh menghilangkan bau durian di tangan.

4.Petua Menghilangkan Bau Durian Di Mulut

  1. Isi air di pangsa durian. Gunakan air itu untuk berkumuh. Dengan cara ini bau durian di mulut akan hilang.
  2. Selepas makan durian berkumuh dengan air berperisa limau kuga dikatakan boleh menghilangkan bau durian di mulut.

Sumber: Amir Hassan

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma