Pernahkah anda mencuba hidangan lazat popia pisang ini? Enak dimakan ketika waktu petang bersama kopi tau sis. Jika belum mencuba, apa kata anda membuatnya kerana caranya ternyata mudah sahaja!
Hanya perlukan bahan-bahan ini sahaja:
- Pisang
- Kulit popia
- Gula
- Coklat
Jom kita lihat cara-caranya:
1. Mula-mula potong sebiji pisang kepada dua bahagian
2. Kemudian letakkannya di atas kulit popia dan taburkan gula di atasnya.
3. Lipat kulit popia tersebut dengan cantik dan kemas.
4. Selepas itu, gorengkannya.
5. Dah siap Nak lebih sedap taburkan coklat di atasnya. Pasti terliur!
kredit: Femmy Jussip Via Hijabista