Mudahnya Buat Asam Pedas Cara Pantai Timur, Nak Lagi Sedap Guna Ikan Kerisi

Masakan asam pedas antara masakan popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Khususnya di Melaka dan Johor. Namun ada juga versi masakan asam pedas @ singgang pedas versi pantai Timur sepertinya yang dikongsikan oleh Puan Nurul Afidah Catalyst ini.

Berbeza yang cara masak asam pedas yang kebiasaanya perlu menunggu bahan yang ditumis masak garing berkali kali. Resepi versi pantai Timur ini tidak perlu tumis cuma perlu rebus sahaja. Malah masakan ini sesuai juhga untuk mereka yang sedang diet.

Mari kita ikuti perkongsian ini.

RESEPI MUDAH ASAM PEDAS KELANTAN

Ore Kelate panggil asam pedas @ singgang pedas. Guna ikan kerisi fresh, memangg sedap rasa manis masam dan sedikit pedas. Nak guna ikan tenggiri, ikan patin pun boleh. Cara masak pun mudah dan kejap aje, anak anak pun suka

Ikan kerisi banyak jenis, saya guna kerisi macam dalam gambar. Kalau goreng jangan buang sisik, sedapnya krup krap krup. Sedar sedar habis sepuyuk nasi.

 

BAHAN-BAHAN :

  • Ikan kerisi saiz sedang 4 ekor
  • Bawang besar 1 biji *
  • Bawang putih 2 ulas *
  • Kunyit 1/2 inci (boleh ganti serbuk kunyit) *
  • Lengkuas 1/4 inci *
  • 3 tangkai lada kering yang direbus (cili kisar pun boleh) *
  • 5 keping asam keping (boleh ganti air asam jawa)
  • Daun kesum
  • Bunga kantan belah dua
  • Bendi
  • Garam & serbuk perasa

 

CARA PENYEDIAAN :

1. Kisar bahan bertanda * dengan air

 

2. Masukkan bahan dikisar dalam periuk bersama asam keping & bunga kantan. Biarkan sehingga air mendidih.

3. Masukkan ikan dan daun kesum, tambah air mengikut kepekatan yang kita nak.

4. Masukkan garam dan serbuk perasa, bila ikan dah masak boleh tambah bendi. Siap! Sedap dan serius mudah.

Makan dengan sambal pauh, ada pulak ikan keringg, aduh…

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Nurul Afidah Catalyst Via Viral Malaysia KU