Pasti ramai yang perasan, sekarang tengah viral satu pencuci mulut yang dinamakan Nutella Crepe.
Difahamkan ada satu kedai viral di Penang yang menjual aneka pencuci mulut termasuklah Crepe ini.
Alamak kalau nak pergi Penang jauh pula kan, apa kata jom buat sendiri. Mudah je caranya!
RESEPI NUTELLA CREPE
Bahan-Bahan Kulit Crepe:
- 250g susu
- 2 biji telur
- 35g gula
- 80g tepung gandum
- 2 sb tepung jagung
- 2 sb minyak
- 1 sk esen vanilla
- Pewarna merah
Bahan Inti:
- Non dairy whipping cream (putar sehingga kembang)
- Nutella
Cara-Cara:
1. Satukan semua bahan-bahan kulit kecuali pewarna merah dan gaul sehingga sebati menggunakan whisk.
2. Tapiskan adunan ke dalam mangkuk.
3. Titikkan 1 titik pewarna merah.
4. Panaskan non-stick pan. Tuangkan 1 senduk adunan kulit crepe. Pusingkan pan sehingga adunan rata. Tuang semula baki adunan ke dalam mangkuk adunan tadi untuk hasilkan crepe yang nipis.
5. Angkat crepe dan sejukkan. Bila dah sejuk, letakkan whipping cream dan nutella di tengah-tengah crepe.
6. Lipat crepe dengan kemas (boleh rujuk video di bawah).
7. Siap! Selamat mencuba.
Lihat video penuh:
@bakewithhannan Kalau buat sendiri boleh letak Nutella banyak2 opsss 😋 #ttsboleh #tiktokshop #resepiviral #crepe #fyp
Kredit: TikTok @bakewithannan Via Myresipi