Mesti ramai orang cuak kalau sebut pasal lipan dalam rumah. Lagi-lagi lipan bara, baru tengok teru remang kan? Tak kesah sama ada kecik ke besar, nampak je tak fikir apa dah mestu terus bunuh.
RencahRasaPlus : Korang Ada Akaun Shopee? Jom Follow Min Di Shopee. 3 Follower Bertuah Akan Menang RM100 Setiap Minggu. Klik Sini : menangrm1000.co/bertuah
Walaupun mempunyai tubuh yang cenderung kecil, tetapi sering membuat banyak orang yang merasa takut. Pasalnya, haiwan yang sering tiba-tiba muncul dan merayap tersebut mempunyai bekas gigitan yang sangat menyakitkan.
Kesan sengatan lipan mengandungi racun yang berbahaya yang boleh membunuh haiwan yang bersaiz besar, malah sehingga 15 kali lebih besar daripada badannya
Lipan atau dalam bahasa Inggerisnya Centipede memang diakui sangat berbisa walaupun racunnya belum boleh dikategorikan tahap membunuh buat manusia .
Namun bagi kanak-kanak bawah 5 tahun atau warga emas, disengat lipan bukan suatu benda yang boleh di buat main, justeru segeralah dapatkan rawatan.
Secara ringkasnya lipan menggunakan ‘Forcipules’ ; dua kaki depan yang berbentuk seakan penyepit sebagai senjata utamanya. Ia akan menyuntik bisanya ke badan mangsa menggunakan forcipules sekiranya rasa terancam.
Berbalik Pada Topik Kita, Kenapa Boleh Ada Lipan Dalam Rumah?
Mengikut satu kajian, lipan hanya akan merayap ke tempat yang ada sumber makanan untuknya. Contoh-contoh makanan lipan adalah anai-anai , lipas , lalat dan labah-labah.
Jangan terkejut ! So kalau ada benda ni kat rumah korang, faham2 lah kenapa boleh ada lipan bukan?
Jadi untuk ambil pendekatan terbaik , cara mengelakkan kehadiran lipan adalah dengan memastikan rumah anda bersih dan bebas dari serangga-serangga perosak di atas terutamanya dalam bilik air dan kawasan lembap.
Untuk halang lalat dan labah-labah mungkin mudah. Namun dalam kes anai anai tak semua orang mampu nak buat pest control memandangkan kosnya pun ‘boleh tahan’
Jadi Sebagai Alternatif Mungkin Anda Boleh Gunakan Petua Di Bawah Untuk Menghalau Lipan:
1. Garam
Taburkan garam yang anda di kawasan dan laluan yang selalu temui lipan. Kebiasaannya pastilah kawasan yang lembap bukan?
Biarkan saja garam tanpa perlu disapu dan mungkin anda boleh menambahnya dari semasa ke semasa jika perlu. Ulang sehingga anda rasa memang dah tak ada lagi lipan di rumah.
2. Kapur Barus
Sama seperti garam anda hanya perlu menaburkan kapur barus di kawasan lembap untuk memastikan lipan tak datang lagi.
3. Daun Pandan
Buat anda daun pandan berbau harum bukan? Namun untuk lipan ia adalah sebaliknya
Jadikan gunakan kelebihan ini dengan meletakkan daun pindah sebagai pelindung anda. Hiris daun pandan halus-halus dan letakkan ke dalam mangkuk. Lagi banyak kuantitinya lagi bagus.
Kemudian, mangkuk yang berisi hirisan daun pandan tu letakkan di setiap sudut rumah supaya lipan akan akan menjauhi rumah anda.
Harap petua di atas dapat membantu anda dalam menangani masalah lipan dalam rumah. Kongsikan kepada keluarga dan kenalan ok?
Selamat mengemas dan Selamat menghalau lipan!
Sumber: buzzkini Via ImuslimNetwork
RencahRasaPlus : Korang Ada Akaun Shopee? Jom Follow Min Di Shopee. 3 Follower Bertuah Akan Menang RM100 Setiap Minggu. Klik Sini : menangrm1000.co/bertuah