
Apa menu tenghah hari anda? Kalau belum terfikir nak masak apa bolehlah masak tempoyak ikan patin. Masakan ni ikut cara asli dari Pahang.
Tempoyak Ikan Patin
Bahan-Bahan:
- Cili.
- Kunyit.
- Daun kesom.
- Tempoyak. (tidak menggunakan bawang,serai,bunga kantan dan bawang putih)
Cara Memasak:
1.Tumbuk cili dengan kunyit ikut kepedasan masing-masing.
2.Kemudian masukkan bahan-bahan,daun kesum, tempoyak(ikut kepekatan yang korang suka) ,timun tua nak letak atau tidak ikut suka juga.
3.Masukkan cili dan kunyit yang dah tumbuk lumat.
4.Masukkan air,masak hingga mendidih.Perasakan secukup rasa.
5.Untuk resepi ni masukkan ikan yang bersesuaian(patin,talapia,kembung,kerisi,tenggiri),ayam, tulang pun boleh juga.