
Anda penggemar Spageti Carbonara, resepi perkongsian saudari Nurul Husna Mohamed Daud ni boleh dicuba. Sos homemade buat sendiri je. Tak guna sos segera dalam tin pun.
Kalau anda ada keluarga yang besar, sesuai sangtlah masak guna resepi ni. Pasti puas hati. Memang puas makan.
RESEPI SPAGETI CARBONARA HOMEMADE SEDAP, GUNA SOS BUAT SENDIRI
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket spageti
- 2 1/2 tin susu sejat atau susu kotak – kalau guna 2 tin susu, 1/2 tin air pun boleh
Majerin + minyak secukupnya (untuk menumis) - Daging cincang secukupnya
- Bawang merah – dadu
- 1 sudu makan tepung gandum
- Cendawan dan sosej – hiris
- 3 keping keju cheddar
- Serbuk lada hitam secukupnya
- Serbuk perasa secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
- Parsley dan oregano kering -jika ada
CARA MEMASAK:
1.Rebus spageti terlebih dahulu sampai lembut. Angkat dan toskan kemudian gaul dengan 2 sudu makan minyak masak untuk elakkan spageti dari melekat masa sejuk.
2. Panaskan majerin dan minyak. Tumis bawang hingga masak dan naik bau. Biar sedikit garing.
3. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau sekejap dan masukkan serbuk lada hitam serta daging.
4. Bila sudah naik minyak, masukkan hirisan cendawan dan sosej. Sebatikan.
5. Tambahkan susu. Jika guna sukatan yang ada air, tambahkan sekali dengan air.
6. Bila susu mula mendidih, masukkan kepingan keju dan perasakan dengan gul, garam serta perisa dengan secukupnya.
7. Akhir sekali masukkan parsli dan oregano kering dengan secukupnya. Jika tiada, boleh abaikan.
8. Kuah kelihatan agak cair semasa panas dan akan semakin pekat bila sejuk. Hidangkan bersama spageti.
Sumber: Nurul Husna Mohamed Daud Via Rasa