Jodoh dan pertemuan adalah perkara misteri yang tidak diketahui oleh manusia, namun semuanya adalah ketentuan Allah SWT yang maha mengetahui.
Setiap dari kita mempunyai perjalanan hidup yang berbeza apabila dikaitkan dengan jodoh. Kehadiran jodoh adalah sesuatu yang tidak terduga dan tidak disangka-sangka.
Namun bagi yang masih sendiri dan menanti jodoh, usahlah bersedih h4ti. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan pasangan hidup. Ada beberapa doa yang boleh diamalkan dalam usaha ‘mendekat’kan jodoh.
Dua ayat yang boleh diamalkan ialah dari Surah Yusuf dan Surah Taha.
TATACARA MENGAMALKAN SURAH YUSUF DAN SURAH TAHA
- Untuk mengamalkan doa ini yang paling penting bersihkan hati. Niat dengan hati yang ikhlas.
- Niatkan untuk tujuan yang baik.
- Amalkan baca Surah Yusuf ayat 4 dan Surah Taha ayat 39 selepas mandi atau selepas mengambil wuduk. Tiupkan pada kedua telapak tangan dan sapukan pada wajah.
- Bacalah kedua-dua ayat ini sebanyak tiga kali setiap kali selepas selesai solat lima waktu.
- Berdoalah untuk memohon apa yang dihajati. Walau bagaimanapun janganlah bersedih hati jika hajat tidak dimakbulkan. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNYa. Mungkin Allah merencanakan sesuatu yang lebih baik. Bersikap positif dan yakinlah pada kvasa Allah