Letakkan 5 Jenis Tanaman Ini Di dalam Rumah Anda Ianya Boleh Membersihkan Udara Dalam Rumah Anda, Tak Perlu Purifier!.. Jimat

Dewasa ini, ramai penghuni kediaman yang berkongsi kelebihan menanam pokok ular atau snake plant di dalam rumah. Ia dikatakan mampu membersihkan udara di dalam rumah secara semulajadi.

Sebenarnya terdapat banyak lagi tanaman yang mampu memperbaiki kualiti udara di dalam rumah. Hal ini kerana sifat semulajadi tumbuh-tumbuhan adalah mereka mampu menukarkan karbon dioksida yang di keluarkan oleh manusia dan haiwan kepada oksigen seterusnya dapat memperbaiki kualiti udara dan menyegarkan suasana.

Bagi penghuni kediaman yang tidak mempunyai air freshener, meletakkan pokok ini di dalam rumah mampu memberi udara yang lebih bersih dalam kediaman.

Pokok-pokok ini juga sangat cantik jika diletakkan di dalam rumah, menambahkan seri dan memberi aura segar.

1. SIRIH GADING

Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama Devil’s Ivy ini sangat cantik ditanam dalam pasu kecil yang digantung. Ia menyerap formaldehyde dan toksin-toksin berbahaya lain.

2. ALOE VERA

Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama lidah buaya ini mampu membunuh kimia berbahaya di udara seperti benzena dan formaldehyde. Elok ditanam dalam pasu kecil dan diletakkan pada sudut-sudut bilik.

3. MONSTERA DELICIOSA

Monstera deliciosa mampu memperbaiki kualiti dengan mererap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu menyerap formaldehyde dalam udara.

***

4. DRACAENA

Spesies dracaena (sanderiana dan marginata) menjadi penapis kepada udara yang bekuap. Bagi anda yang tidak berpeluang membuka tingkap dengan kerap, memiliki dracaena di dalam rumah boleh membantu menyegarkan udara dalam rumah.

5. SPIDER PLANT

Salah satu kelebihan spider plant ialah ia memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun di udara. Dalam masa dua hari, tanaman ini mampu menyerap racun di udara sehingga 90%.

Sumber: Jiham.my