Lepas Kupas, Jangan Buang Kulit Bawang Merah. Ada Manfaat Pada Tanaman

Penggunaan bawang merah di dalam masakan seakan menjadi ‘kunci utama’. Tanpa adanya ramuan bawang merah ini, pastinya masakan yang ditumis atau digulai tidak sempurna rasanya.

Biasanya juga selain bawang merah perlu dikisar halus atau dicincang untuk dijadikan ramuan, umumnya kulit bawang akan dikupas terlebih dahulu.

Pun begitu ada satu perkara yang jarang kita buat, iaitu menyimpan kulit bawang tersebut! Biasanya selepas mengupas kulit bawang merah kita akan buang terus tanpa menggunakannya kerana manfaatnya tidak kita ketahui.

Khasiat Kulit Bawang Merah Untuk Tanaman

Tahukah anda, kulit bawang boleh dijadikan sebagai baja pada pokok yang ditanam dihalaman rumah. Nak tahu caranya, ayuh baca perkongsian ilmu manfaat ini oleh Hazimah lmn Ismail lmn di posting facebooknya.

Cara Gunanya:

  1. Ambil kulit bawang merah yang nipis.
  2. Rendam dalam air semalaman.
  3. Esok boleh digunakan untuk siram dan spray pada pokok tanaman.

Ataupun

Nak tabur kulit bawang direct pada pokok pun boleh.

3 Manfaatnya:

  1. Pokok akan menjadi lebih subur.
  2. Menggalakkan pertumbuhan pucuk baru.
  3. Mempercepatkan proses keluar bunga dan buah dan juga membunuh hama serangga pokok.

Selamat mencuba yer. Mudahan berjaya.

Sumber: Hazimah lmn Ismail lmn Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri

Sumber Artikel : Petua Ibu