Lemak Manis, Kenyal & Tak Jemu. Ini Cara Buat Kuih Lepat Ubi Kayu Paling Sedap.

Kuih Lepat Ubi Kayu adalah antara kuih tradisional yang sangat digemari ramai. Tidak kira tua atau muda, semua sukakan rasanya. Kuih Lepat Ubi Kayu ni tidak susah pun cara pembuatannya. Nak cuba? Saudari Ruzana Ramli ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!

CARA MASAK KUIH LEPAT UBI KAYU YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan ubi kayu yang diparut
  • 1 cawan air
  • Gula merah secukupnya 
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 1 cawan santan
  • Daun pisang secukupnya
  • 2 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

1. Ubi kayu diparut dan diperah. Ketepikan.

2. Masak gula merah, gula pasir dan air dalam 1 cawan bersama 2 helai daun pandan hingga larut. Tapis dan ketepikan.

3. Masukkan air gula merah dan santan ke dalam bekas berisi adunan ubi tadi. Kacau hingga sebati.

4. Sudukan adunan ke atas daun pisang dan bungkus dengan kemas. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak. 

5. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resepi & foto: Ruzana Ramli Via Rasa

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, Klik Sini: Barang Murah & Berkualiti