Lelaki Ini Kongsi Resepi Ayam Kicap Simple Dari Arw@h Ibu, Nampak Sungguh Menyelerakan!

Jom cuba resepi ayam kicap simple yang dikongsi oleh Yayar B. Awang Noh di bawah ini.

Menurut beliau, resepi tersebut merupakan hasil yang dipelajari dari arw@h ibunya.

Kalau kalian tiada idea nak masak apa, bolehlah cuba masak menu ini nanti ya. Selamat mencuba!

Resepi AYAM KICAP SIMPLE

Bahan-Bahan:

  • Ayam 1 ekor – dipotong kecil
  • Serai 2 btang dihiris nipis
  • Halia seinci
  • Bawang putih 6 ulas
  • Cili kering kisar 1 senduk
  • Sos cili 3 sudu
  • Sos tomato 3 sudu
  • Sos tiram 2 sudu
  • Kicap pekat 3 sudu
  • Bawang besar – dipotong bulat
  • Cili besar – dihiris nipis

Cara-Cara:

  1. Cuci bersih ayam. Gaul dengan garam, ajinamoto dan kunyit.
  2. Goreng ayam sehingga separa masak, jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumbuk serai, halia dan bawang putih sehingga halus dan lumat.
  4. Tumiskan bahan tumbuk sehingga perang.
  5. Masukkan cili kering kisar. Kacau sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  7. Perasakan dengan garam, ajinamoto dan gula.
  8. Seterusnya masukkan bawang besar dan cili besar.
  9. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata.

Siap! Selamat mencuba.

Kredit: Yayar B. Awang Noh Via Myresipi