
Lauk singgang sangat ringkas dan mudah dimasak. Bagi anda yang gemarkan lauk pauk berkuah yang tidak menggunakan santn atau rempah, singgang ni memang sesuai dan kena dengan selera. Nak cuba? Ni ada resepi mudah.

Resepi Singgang Ikan Selar ini adalah perkongsian dari saudari Nana Sabrina Sarsan yang diambil dari ibunya sendiri. Bila dah resepi mak-mak ni, memang padu rasanya. Dapat pula makan bersama dengan budu, sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan goreng. Memang tak ingat dunia la jawabnya. Jom cuba!
Resepi Singgang Ikan Selar Sedap & Mudah
Bahan-Bahan:
- 2 ekor ikan selar – belah dua
- Garam secukupnya
- Perahan air asam jawa secukupnya
- Air secukupnya
- 1 biji bawang merah saiz besar – hiris
- 2 ulas bawang putih – hiris
- 1 batang serai – ketuk
- 1 inci halia
- 1/2 inci kunyit
- Serbuk kunyit secukupnya
- 1 sudu teh minyak masak
- Tomato (optional)
- Cili merah dan cili padi (optional)
Cara Memasak:
1. Bersihkan ikan dan potong dua.

2. Dalam periuk bersesuaian, campur semua dan didihkan guna api perlahan selama 20 minit.

3. Bila ikan kelihatan masak, angkat dan Singgang Ikan Selar sedia untuk dihidang.

Sumber: Nana Sabrina Sarsan Via rasa
Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma
