Kisah Benar Pencuri Pecah Masuk Rumah Tapi Tidak Boleh Keluar, Rupanya Tuan Rumah Amalkan Surah Ini

Saya nak share sesuatu yang saya rasa dapat memberi manfaat.

Saya ibu kepada 2 orang anak. Saya dan suami bekerja shif (perhotelan). Kami bekerja nun di atas bukit genting.Tapi kami tinggal di Batang Kali.Setiap hari kami berulang.30-35 minit setiap hari..Cara bekerja di Genting ni lain.Kami bekerja 3 minggu tanpa cuti dan diberi cuti seminggu terus.Tiap bulan begitu.

Saya,suami dan anak² memang dah biasa rutin kami memang begitu.3 minggu bekerja dan 1minggu cuti.Selalu nya cuti seminggu tu kami akan tinggalkan rumah.Pergi bercuti.Sebab tak ada banyak masa dengan anak².Time cuti saja lah boleh nak spend time.

Ceritanya begini,rumah kami memang ada cctv,suami pasang sebab kami bekerja shif dan selalu tinggal rumah lama² hampir setiap bulan untuk bercuti.Nak dijadikan cerita.satu hari lepas kami balik bercuti,saya bukak saja pintu rumah saya nampak ada lelaki dalam rumah saya.Keadaan dia tak bermaya.Boleh dikatakan separuh sedar.

Saya berlari keluar panggil suami supaya pegang anak²,dan saya nak telefon polis.Tapi suami cakap tak perlu telefon lagi.Biar dia jumpa lelaki tu dulu..Suami telefon ibu bapa saya yang tinggal berdekatan untuk datang.

Suami saya bagi air,lepastu bagi pulak makanan yang kami bungkus tadi sebelum balik kepada lelaki tu.Lepas dia selesai makan,suami mula menyoal.Buat apa di rumah kami?? Dia kata dia memang mark rumah kami.Tiap bulan mesti akan kosong lama.So dia tunggu je bila masa sesuai untuk dia masuk dan rompak..Ye rompak.

Menggigil tangan saya admin nak telefon polis.Suami tak izinkan.

Suami saya tanya apa yang terjadi?Kenapa tak rompak?Kenapa masih di dalam rumah?Kenapa lemah tak bermaya?Lelaki tu kata dia rasa kaki dan tangan dia macam dipasung.Dia cari jalan nak keluar tak jumpa².Dah 3 hari dia dalam rumah saya.Tak jumpa jalan keluar.Kaki tangan macam dipasung langsung tak dapat bergerak walaupun untuk mencari setitis air untuk minum,

Suami saya kata niat di hati memang nak sumbatkan saja dalam penjara tapi dia masih kasihan.Suami saya kata dia pernah terbaca.Kalau kita nampak seseorang tu susah,dilanda musibah,sebenarnya Allah tu bukan saja sedang uji dia,tapi sedang uji kita juga.Bagaimana kita tangani perkara tu.Suami pilih untuk beri peluang dan memaafkan sebab dia memang tak sempat capai apa² barang pun lagi.

Selesai semuanya,suami saya bukak cerita.Dengan wajah gembira dia kata malam ni dia nampak kuasa Allah.Dan dia ingat pesan arwah bapanya supaya tiap kali nak keluar rumah walaupun nak pergi makan malam depan rumah,bacalah satu ayat dari surah Yasin(ayat 9)..

Bukan saja nak keluar rumah,tiap kali nak tidur pun suami akan baca seperti dipesan arwah bapanya.Anak² pun suami saya ajar doa ni..

Tersangatlah berguna dan saya rasa terpanggil untuk berkongsi..Disini saya kongsikan sekali ayatnya..Semoga bermanfaat.

Semoga diri kita dan orang² kesayangan kita sentiasa dilindungi walau di mana saja mereka berada..

Aamiin …

Kredit untuk penulis