Kek Marble Moist Paling Senang, Sedap & Gebu, Guna Sukatan Cawan!

Kek marble antara kek yang cukup popular menjelang musim perayaan kerana ia paling mudah disediakan malah rasanya yang cukup enak. Namun mencari resepi yang mudah malah menggunakan sukatan cawan yang sedap, anda perlu bijak mencuba pelbagai resepi. Barulah rasanya puas hati.

Resepi yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini boleh anda cuba. Bukan hanya menggunakan sukatan cawan, bahkan turut disertakan sekali sukatan menggunakan gram bagi memudahkan semua orang. Resepinya ringkas malah marble terhasil cukup cantik. Rasa pun padu. Jom cuba!

KEK MARBLE MOIST

Bahan-Bahan: (Sukatan Cawan)

  • 1 cawan butter (guna marjerin pun boleh)
  • 3/4 cawan gula castor (saya kisar gula pasir je)
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cawan tepung gandum ( ayak)
  • 1 sdb baking powder (ayak)
  • 1 sdt esen vanilla
  • 3 sdb susu pekat manis
  • 2 sdb serbuk koko
  • (guna loyang saiz 6@7)
  • Ni resepi yang guna sukatan gram.

Bahan-Bahan: (Sukatan Gram)

  • 250g butter
  • 200gram gula kastor (saya guna gula pasir dan kisar)
  • 5 biji telur gred B
  • 220 gram tepung naik sendiri@ tepung gandum biasa pun boleh (ayak)
  • 3 sdb susu segar @ cair
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecik perisa vanilla
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • Cara sama sahaja (kek pada gambar saya guna sukatan gram -guna loyang saiz 7@8)

Cara-Cara Membuatnya:

1. Pukul butter dan gula selama 10-12 minit. Masukkan telur satu persatu sambil pukul perlahan. Masukkan esen vanilla, tepung gandum dan baking powder. Kaup balik je dan masukkan susu pekat manis. Gaulkan sebati.

2. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, adunan pertama warna asal/plain. Kedua letak serbuk koko. Sapu marjerin pada loyang saiz 6 inci @ 7inci dan lapik kertas minyak.

3. Ambil satu senduk adunan dan letak di tengah-tengah loyang. Jangan ratakan, biar je kemudian ambil 1 senduk adunan koko tindihkan tengah adunan pertama tadi. Jangan ratakan juga, ulang hingga habis.

4. Panaskan oven suhu 170′ dan bakar selama 45 minit atau hingga masak, api atas dan bawah.

5. Siap.

Sumber: Mariana Zainal Via PaMa

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma