Kaswi Gula Merah Sedap & Lembut Bergedik, Sukat Guna Cawan Je.

Macam-macam cara orang buat Kuih Kaswi ni, tapi ini resipi paling mudah yang dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat dan hasilnya tidak mengecewakan. Anda yang tak pernah masak kuih ni pun boleh cuba. Bahan mudah, cara buat senang dan sukat pun guna cawan je. Tak perlu risau gagal ye, resipi penuhnya ada dikongsikan di bawah ini.

KASWI GULA MERAH


BAHAN-BAHAN:
AIR GULA:

  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • sedikit garam
  • 1 helai daun pandan


BAHAN LAIN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 3 cawan air biasa
  • 1 sudu besar air kapur
  • 1 mangkuk putih kelapa + sedikit garam dan kukus sekejap | untuk urap dengan kuih

CARA MEMBUAT:

1.         Campur gula merah, gula putih, air, secubit garam dan daun pandan dalam periuk dan renehkan hingga gula larut.

2. Tapiskan dan jadikan 2 cawan air gula, ketepikan dan biarkan sejuk.

3. Masukkan air gula bersama tepung gandum, ubi, air dan air kapur dalam blender. Kisar hingga halus.

4. Sapukan loyang (saya gunakan loyang 9 X9) dengan sedikit minyak, kemudian tuangkan adunan tadi.

5. Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan hingga masak lebih kurang 45 minit.

6. Setelah masak, tutup api dan biarkan kuih dalam pengukus hingga hilang wap baru keluarkan.

7. Setelah sejuk boleh potong dan hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus sekejap.

8.  Sedia dihidangkan.

Kredit : Noriza Awang Hamat Via Rasa

Nak MENANG Hadiah Menarik selain resepi dan tips mudah ?
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/inspirasiresepicom