Kacang Botak, Kudapan Raya Paling Senang Nak Buat & Sedap. Modal Pun Murah

Selain biskut raya semperit, tart, coklat chip cookies dan sebagainya, kacang botak ini juga antara yang selalu jadi hidangan waktu raya.

Rasa rangup, pedas dan lemak kacang itu sendiri, boleh buat kita tak sedar dah kunyah habis sebalang. Bagi yang tak suka biskut manis-manis ini juga antara kuih raya yang kita boleh buat.

Cara buat pun tak susah dan yang penting modal pun murah! Jadi buat sendiri, jangan beli! Ikut resipi Are Peace ini ya!

Cara Buat Kacang Botak

Bahan-Bahan:

  • 400g kacang tanah
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sb serbuk cili
  • 2 sb gula
  • 3 sk garam
  • 2 biji telur
  • 1 sk ajinamoto
  • 1 kiub ikan bilis ( kalau suka perasa tomyam boleh diganti dengan kiub tomyam)
  • 5 sb tepung gandum
  • 1 sb tepung beras

Cara Membuat:

1. Bersihkan kacang tanah. Jangan basuh terlalu lama, lepas basuh terus keringkan. Jemur bawah matahari sampai kering (saya keringkan dalam oven sekejap saja).

2. Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam bekas dan gaul sebati.

3. Masukkan tepung gandum dan tepung beras. Gaul lagi sekali sampai sebati.

4. Panaskan minyak dan goreng kacang yang digaul tadi dengan api sederhana.

5. Pastikan ia keperangan tetapi tidak terlebih garing.

6. Semasa menggoreng, buih buih di atas minyak akan terbentuk. Selepas masukkan kacang terus kacau, jangan berhenti untuk elakkan kacang melekat. Goreng sehingga masak.

Selamat mencuba!

Sumber: Are Peace Via My resipi

Nak MENANG Hadiah Menarik selain resepi dan tips mudah ?
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/inspirasiresepicom