Jom Buat Popia Gulung Serunding, Lipat Ikut Cara Ni Kalau Nak Mudah & Cepat Siap

Jom Buat Popia Gulung Serunding, Lipat Ikut Cara Ni Kalau Nak Mudah & Cepat Siap

Setiap kali Syawal pasti wajib beli popia gulung serunding ni. Sekali makan pasti akan ‘ketagih’ sampai tak sedar dah hampir habis sebalang. Rupanya mudah je kalau nak buat sendiri popia gulung ni. Kalau korang ada serunding lebih, boleh lah cuba buat.

Tapi nak buat popia gulung ini memakan masa dan ketelitian untuk menggulung. Seorang pengguna Facebook, Hasifah Che Mat ada berkongsikan cara mudah dan cepat untuk menggulungnya. Jom lihat perkongsiannya di bawah.

CARA BUAT POPIA GULUNG SERUNDING

Bahan-bahan:

  • Sepeket popia 40pcs (jenama KG @ Spring Roll – tak cepat kering dan mudah dikendalikan)
  • 250gm sambal ikan @ serunding ikan
  • Air biasa – untuk melekatkan popia

Cara-cara:

1. Popia dipotong empat.

2. Kemudian potong segitiga.

3. Susun dari atas ke bawah.

4. Letakkan sambal ikan secukupnya.

5. Temukan hujung segitiga atas ke tengah. Gulung dan lekatkan hujung popia dengan air.

6. Tips untuk gulungan kemas, tekan sedikit gulungan popia sambil gulung. Lepas letak air, tekan sikit untuk pastikan lekatan kuat.

7. Sebaiknya jemur selama lebih kurang 30 minit dulu popia yang telah digulung untuk popia yang lebih rangup.

8. Goreng dengan api sederhana perlahan dan perlu dibalik-balikkan. Toskan, sejukkan seketika dan simpan dalam bekas kedap udara.

Kredit: Hasifah Che Mat Via Myresipi