– JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat
– JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan, Nanti rezeki kita dikongsi syaitan
-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
– JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan,Takut-takut kita mati dalam perjalanan
– JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan, Makruh dan mewarisi kepapaan
– JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan, Nanti hati kita gelap diselaputi dosa
– JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa
– JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah
– JANGAN mengumpat sesama rakan taulan, Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia
– JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita, Nanti Kita sombong apabila berjaya, Kalau gagal kecewa pula
– JANGAN bakhil untuk bersedekah, Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita
– JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
– JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
– JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
– JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
– JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
– Dan JANGAN lupa untuk berkongsi, demi manfaat semua, insyaAllah (ni orang lain punya, saya Cuma share)