
Fuh sakit bila kaki tiba-tiba kejang tu memang lain macam wey! Memang luar biasa sakit yang dialami terutama di bahagian betis, betul tak?? Anda pernah tahu tak apa punca-punca anda mengalami kejang kaki??
- Anda mungkin melakukan aktiviti yang berlebihan dan otot mengalami keletihan.
- Anda kekurangan kalsium dan magnesium
- Dehidrasi
- Mungkin juga disebabkan kesan-kesan sampingan ubatan.
Apa Yang Anda Kena Lakukan Kalau Kaki Kejang???
- Cari tempat duduk dan bersandar
- keluarkan kasut
- Jangan bengkok tau! Kedudukan yang melentur boleh menekan lagi pada kawasan otot.
- bila jari kaki menguncup, tolak perlahan-lahan jari kaki biar menaik dengan mengguna tangan korang.
- Bila kejang otot dah reda, urut tapak kaki anda biar darah mengalir semua dengan baik dan lancar okay!