Guna Cuka Makan! Ini Rahsianya Nak Ikan Bilis Goreng Rangup, Tahan Lama & Tak Liat

Selain sebagai penyedap nasi lemak, ikan bilis goreng juga mempunyai banyak kegunaannya. Malah ada yang makan ikan bilis goreng ini sebagai kudapan, dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng selain ditumbuk sebagai perencah tambahan untuk menyedapkan masakan.

Perasan tak, bila kita buat ikan bilis goreng ni pasti hasilnya mengecewakan. Bahkan ramai yang masih gagal mendapatkan ikan bilis goreng yang rangup, tahan lama dan tak liat. Rata-ratanya, ikan bilis goreng akan lembik, liat dan tak rangup.

Petua yang dikongsikan oleh Wanie Ishak ini boleh anda jadikan panduan untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang rangup, tahan lama dan tak liat. Jadi untuk penggemar ikan bilis goreng, pastikan anda praktikkan petua ini ye. Selamat mencuba!

Tips Ikan Bilis Lebih Rangup

Hari ni goreng lagi ikan bilis dan sempat snap ikan bilis goreng rangup.

Ada yang nak dapatkan tips ikan bilis goreng yang sedap dan kerangupannya tahan lama? Jom cuba tips ni.

Bahan-Bahan:

  • Ikan bilis
  • Cuka makan

Cara-Cara:

1. Bersihkan ikan bilis dan masukkan ke dalam bekas.

2. Masukkan cuka makan 1 sudu kecil dan gaulkan rata bersama ikan bilis.

3. Perap selama 5 minit.

4. Goreng ikan bilis seperti biasa. Insya-Allah ikan bilis akan lebih garing dan kerangupannya mampu bertahan lama.

Jangan lupa share!

Sumber: Wanie Ishak Via Maskulin

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma